Saturday, March 19, 2011

resepi: mi kari ala mommy...

bahan A:
sebungkus mi kuning keluaran muslim-dicelur
sepeket rempah kari ikan
sepeket rempah kari daging
1/4 ayam: di potong kecil
daun bawang dicincang halus
daun sup dicincang halus
5 sudu planta
sekotak santan rendah lemak
1/2 kg kerang- di rebus dan diambil isi
segenggam taugeh- celur
5 biji tauhu kering
5 urat kacang panjang-celur
sepeket bebola ikan-celur
3 keping kek ikan-celur
garam
bahan perisa

cara membuatnya:

panaskan periuk dan cairkan planta, tumis daun bawang dan daun sup sehingga masak, masukkan serbuka kari daging dan ikan, masukkan sedikit air, biar sedikit mereneh, masukkan ayam yang dipotong halus, biarkan sedikit masak, masukkan santan pekat dan air, jangan terlalu pekat dan jgn terlalu cair,biarkan mereneh dan masukkan tauhu kering yang dipotong 4.masak sehingga mengelegak , masukkan garam dan serbuk perisa mengikut selera anda. Apabila kuah masak , hidangkan bersama sama bahan yang dicelur tersebut.

senang je kan, sesuai untuk kanak2 jugak sbb x pedas, ader yang suka pedas boleh makan dengan sambal kicap.yang pentingnya kerang, mi kari tanpa kerang umpama nasi ayam tanpa sup, boleh layan makan tapi xde ummmpphhh!!!!...huhuhuh...silakan mencuba yer....



No comments: